PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Bella Astillah terus mencuri perhatian ramai apabila melukis nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq di padang pasir baru-baru ini.
Perkara tersebut dikongsi Bella ketika bersiaran langsung bersama Syed Saddiq baru-baru ini sebelum tular dan menjadi bualan hangat dalam media sosial.
Menerusi siaran langsung tersebut, Bella, 31, menunjukkan rakaman video dalam telefon yang memaparkan dia menulis nama Syed Saddiq di atas padang pasir.
“Nak tengok sesuatu? Saya buat guna jari saya cantik tak dan tak hantar video ini sebab lupa,” katanya.
Bukan hanya melukis nama, Bella juga mengakui turut mendoakan Syed Saddiq di Tanah Suci.
“Saya paling banyak doakan awak dan pasti ramai cemburu. Setiap masa saya doakan.
“Tak perlu rasa bersalah sebab awak tahu saya akan doakan awak,” katanya lagi.
Syed Saddiq pula mengakui serba salah untuk meminta Bella mendoakan untuk dirinya di sana kerana merasakan ada individu lain yang perlu diutamakan.
“Saya rasa sangat bersalah setiap kali awak tanya minta hantar doa.
“Sebab awak ada ibu bapa, anak dan keluarga yang perlu juga didoakan. Memang rasa bersalah nak ambil slot itu,” jelasnya.
Dalam siaran langsung sama, mereka juga saling berbalas pantun sekali gus mengundang ribuan doa daripada netizen yang berharap mereka benar-benar bercinta.
Terdahulu, hubungan rapat Bella dan Syed Saddiq yang diberikan gelaran BASS (Bella Astillah-Syed Saddiq) hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta sebuah jenama pakaian.
Gosip cinta mereka juga turut tular hingga ke Korea Selatan menerusi video menunjukkan ahli politik itu terjun ke laut dan berenang menuju ke Bella yang menantinya di Semporna, Sabah.
Meskipun tidak mengesahkan status hubungan, ramai yang bersetuju kedua-dua figura popular terbabit mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE