‘Assalamualaikum kakak iparku, selamat datang kami ucapkan’

6 hours ago 2

PETALING JAYA – “Kita tambah kakak ipar.”

Demikian perkongsian pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam yang menzahirkan kegembiraan menerima kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarganya.

Tiada lagi rahsia, ucapan meraikan usahawan Rozita Ibrahim itu dengan abang artis terbabit yang disebut sebagai Bang Long turut disertakan doa agar perkahwinan pasangan tersebut berkekalan.

“Assalamualaikum kakak iparku. Kita (saya) wakil daripada keluarga kecil kami mengucapkan selamat datang dalam keluarga.

“Semoga perkahwinan Abang Long dan Kak Rozi (Rozita) ini membawa sampai ke akhir hayat dan ke syurga, dijaga, diberkati serta dipelihara Allah SWT.

“Saling sayang menyayangi dan hormat menghormati. Jodoh, ajal, maut sudah tertulis di Luh Mahfuz, pernikahan itu adalah ibadah yang Allah suka,” katanya dalam Instagram.

Menerusi hantaran lain, Rabecca turut berkongsi beberapa gambar bersama seisi keluarga termasuk satu video menunjukkan Rozita dengan suaminya memasuki sebuah ruang acara.

Dipercayai, video ‘throwback’ pasangan yang kini di Mekah mengerjakan umrah itu adalah selepas mereka selamat dinikahkan.

Begitupun, Rebecca tidak memperincikan majlis yang menampakkan kedua-duanya berjalan bergandingan tangan manakala di sekeliling mereka terdapat meja dipenuhi tetamu.

Akhir Februari lalu ibu kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri hanya mengunci mulut selepas foto mesra bersama seorang lelaki berkumis tebal diperkatakan ramai.

Begitupun, seorang lagi anaknya, Ain mengesahkan wanita kesayangannya itu sudah bernikah namun tidak menyentuh mengenai perceraiannya dengan suami terdahulu.

Terbaharu, Rozita yang mesra disapa Bonda hanya memuatnaik beberapa keping gambar mesra bersama lelaki bermisai itu di hadapan Kaabah sebagai mengesahkan hubungan mereka sebagai suami isteri.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |