KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada pelajar dan guru yang mengirimkan kad raya sempena Hari Raya Aidilfitri kepadanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kad raya yang sarat dengan coretan dan kreativiti tersebut menceriakan sambutan Aidilfitri tahun ini buat beliau serta keluarga.
“Terima kasih atas coretan anak-anak pelajar dan guru-guru sempena Aidilfitri ini. Ingatan kalian dalam kad raya yang begitu kreatif menceriakan sambutan Aidilfitri saya dan keluarga tahun ini.
“Saya doakan keafiatan dan kesejahteraan buat semua, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE