Agong, Permaisuri ucap selamat hari Deepavali

4 hours ago 4
Poster ucapan Deepavali yang dimuat naik di akaun rasmi Seri Paduka Baginda.
  • Oleh KOSMO!
  • 19 Oktober 2025, 10:07 pm

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu di Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan doa semoga perayaan Deepavali ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.

Perayaan Deepavali, yang turut dikenali sebagai ‘Pesta Cahaya’, akan disambut penganut agama Hindu di seluruh negara esok.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |