Adegan ranjang: Kita dahagakan karya, tapi ada batas – Menteri Agama

2 hours ago 2
ZULKIFLI Hasan (tengah) bercakap kepada pemberita semasa melawat sekolah agama Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, Perak hari ini. Foto oleh FADZIL ZAINOL/KOSMO!
  • Oleh KOSMO!
  • 17 April 2026, 2:30 pm

KUALA KANGSAR – Islam tidak melarang masyarakat untuk berkarya atau berhibur hiburan selagi menepati batas, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, terdapat garis panduan yang boleh dijadikan rujukan untuk apa jua persembahan termasuk seni.

“Kita ingin membawa satu naratif baharu di mana kita dahagakan karya-karya yang baik. Jadi kita ingin lebih ramai (berkarya), tetapi perlu mengikuti garis-garis panduan yang menepati hukum syarak dan juga menepati akhlak Islam yang kita hendak,” katanya semasa melawat sekolah agama Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi adegan di ranjang dalam persembahan teater semasa Karnival Teater di Universiti Malaya (UM) yang tular baru-baru ini.

UM semalam memohon maaf berhubung perkara tersebut dan memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran garis panduan program.

Kata Zulkifli, agama Islam tidak melarang untuk berkarya atau mendapatkan hiburan tetapi ada batas dan rujukan.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |