SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh pengurusan kes status pengesahan membenarkan seorang doktor menjalankan bedah siasat pertama terhadap pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palepas), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin.
Peguam Datuk Naran Singh mewakili keluarga Allahyarham memaklumkan penetapan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin bangkit membuat bantahan awal berhubung persoalan sama ada Mahkamah Tinggi Jenayah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah deklaratori.
“Pihak pendakwaan menyatakan bahawa permohonan dibuat perlu didengari di Mahkamah Sivil.
“Namun, mahkamah kemudiannya mengarahkan pihak-pihak terlibat supaya memfailkan hujahan bertulis mengenai bantahan awal tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut beliau, mahkamah juga memerintahkan hujahan bertulis oleh pihak pendakwaan hendaklah difailkan pada 21 November depan.
“Manakala jawapan kepada hujahan pihak pendakwaan harus difailkan pada 5 Disember depan,” jelasnya.
Jelasnya, prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Datuk Bhupinder Singh juga menetapkan pada tarikh 8 Disember tersebut sebagai status pemfailan hujahan serta menetapkan tarikh pendengaran.
Berdasarkan permohonan dibuat ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, memohon perintah satu deklarasi bahawa Dr George Sixtus Fernandez Jr. merupakan seorang yang Qdak mempunyai kelayakan yang sah dan bidang kuasa untuk menjalankan bedah siasat ke atas Syamsul Harris, 22.
Berdasarkan permohonan itu juga, Ummu Haiman turut meminta deklarasi kepada Dr. Nurfarrah Balqies Abdul Lateef dan Dr. Rohayu Shahar Adnan yang masing-masing tidak mempunyai bidang kuasa atau mengarahkan George Sixtus melakukan bedah siasat itu di Hospital Sultan Ismail, Johor.
Permohonan perintah turut dipohon bagi mengarahkan Pengarah Hospital Sultan Ismail dan Pengarah Hospital Kota Tinggi di Johor untuk membekalkan satu (1) salinan laporan bedah siasat pertama Syamsul Haris.
Selain itu, satu salinan Nota Keterangan dari Bahagian Kecemasan dan Kemalangan Hospital Kota Tinggi, Johor, kepada Tetuan Naran Singh & Co. yang mewakili keluarga mangsa, dalam tempoh satu minggu dari tarikh perintah ini dikeluarkan.- KOSMO! ONLINE

13 hours ago
6





![[VIDEO] ‘Tuala wanita punya pasal..tahi di sana, tahi di sini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.19.13-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dengan kami pun terikut baca doa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.00.29-PM.jpeg)










































