KUALA LUMPUR – Majlis Manisnya Syawal Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang berlangsung di Menara Perkso di sini hari ini, disambut meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.
Majlis turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Timbalannya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad serta Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Tetamu juga dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada penyanyi popular, Mimifly yang mendendangkan lagu-lagu hangat seperti Serumpun dan Angkat.
Majlis berkenaan bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuhkan silaturahim di antara warga Perkeso dan rakan strategik, malah mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi teras kepada budaya kerja organisasi itu. – KOSMO! ONLINE