PETALING JAYA – Sebuah tempat makan popular di Cameron Highlands mengundang persoalan orang ramai dari segi keselamatan, selepas satu video tular memperlihatkan seperti cerun tanah runtuh di premis tersebut.
Video tular itu dimuat naik seorang pengguna TikTok Mummy Naura dan ia dirakam menggunakan dron memperlihatkan pemandangan atas di kawasan sekitar situ termasuk cerun berdekatan premis berkenaan.
Wanita itu memaklumkan, dia berkongsi hasil video dron tersebut bukan berniat untuk menutup pintu rezeki pengusaha premis berkenaan.
“Tak ada niat nak tutup periuk nasi sesiapa, tapi korang boleh fikir-fikirkan apa yang patut. Memang bersyukur sangat Allah masih lindung waktu itu. Kalau tahu, memang dari awal takkan berhenti kat situ untuk ambil (rakaman, gambar) pemandangan tempat dah lawa, tapi korang rasa macam mana?,” katanya pada kapsyen.
Berikutan itu, orang ramai turut meluahkan kebimbangan berhubung keselamatan di tempat berkenaan.
“Saya ada pergi situ awal bulan ni. Saya ada buat video memang cantik pemandangan dan saya memang perasan tanah runtuh tu. Tapi tak fikir apa-apa pun,” komen seorang lagi pengguna TikTok.
Video itu juga mendapat maklum balas akaun TikTok tempat makan tersebut, Port Lepak Jerung (PLJ) yang mendakwa, mereka telah membuat aduan berhubung perkara itu dengan pihak berwajib.
“Korang ada nampak tak longkang JKR sebelah bahu jalan pintu masuk ke PLJ tu terputus di bahagian bawah. Korang tak nampak kan.
“Baiklah untuk pengetahuan korang semua, pihak PLJ dah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkenaan, tetapi dari dulu sehingga sekarang masih tidak ada respons ciri-ciri untuk memperbaiki longkang yang terputus.
“Longkang terputus inilah yang mengakibatkan hakisan tanah di sebelah PLJ kerana aliran air longkang ini mengalir dengan tidak terurus. Kalau tidak disebabkan longkang ini terputus, insya-Allah air longkang akan mengalir dengan teratur dan hakisan tanah takkan terjadi,” katanya.
PLJ juga meminta mana-mana pihak tidak mengada-adakan cerita tambahan berhubung isu berkenaan.
“Saya pemilik di tapak PLJ yang sebenar, saya lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya berharap pihak berkenaan dapat segera memperbaiki longkang yang terputus tersebut.
“Saya dah penat dan letih dah menunggu pihak berkenaan untuk memperbaiki longkang tersebut. Soalan daripada saya dan rakan-rakan pelanggan PLJ, bila anda ingin memperbaiki aliran longkang dan apa anda tunggu-tunggu lagi? Adakah anda ingin menunggu sehingga jalan putus, baru anda ingin buat?,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@yufara_ No comment for this video 😪 tkde niat nak tutup periuk nasi sesiapa, tapi korang boleh fikir2kan ape yg patut 😑 memang bersyukur sgt Allah masih lindung time tuu. Kalau tahu memang dri awal takkan stop kt situ for take a some view 🥹 tempat dah lawa tapi korang rasa mcm mna 🥹 #tanahruntuh #cameronhighland #cameronhighlands ♬ Nature and its beauties – rest of the soul & soul frequency
2 hours ago
1



![[VIDEO] Penat, letih tunggu longkang dibaiki – Port Lepak Jerung](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-25-at-12.18.07-PM.jpeg)
![[VIDEO] Isteri ‘berleter’ atas motor, suami tenang sahaja](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/0690b535-20b9-406c-b874-6a45daf4ca7b.jpeg)












































