[VIDEO] Tangga kecemasan ‘sesak’, TRX bergelap

4 hours ago 4

PETALING JAYA – Situasi kecoh turut berlaku di Menara TRX di ibu negara lewat petang tadi apabila bangunan pencakar langit itu turut mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini.

Melalui satu perkongsian di media sosial, suasana kecoh berlaku apabila orang ramai yang berada di dalam bangunan tersebut bergegas keluar melalui tangga kecemasan.

Difahamkan akibat bekalan elektrik terputus di kawasan tersebut, lif bangunan terbabit turut tidak berfungsi.

Suasana kecoh turut berlaku di kawasan beli-belah apabila ada pengunjung yang mendedahkan di laman sosial ramai menjadi panik seketika, namun pihak pengurusan bangunan berjaya menenangkan keadaan.

“Saya lihat ramai juga yang kecoh seketika apabila kawasan membeli-belah itu tiba-tiba ‘blackout’. Tidak lama, tapi agak terkejut risau perkara teruk lain akan berlaku.

“Masa tu hujan lebat, saya sempat lihat di luar bangunan,” kata Jolie Firdaus.

Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kepong, Kuala Lumpur.

TNB menerusi kenyataan memaklumkan, pasukan teknikalnya sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.

“Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali.

“Berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutamanya ketika berlakunya gangguan bekalan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa,” kata kenyataan itu.-KOSMO! ONLINE.

@cyberjayaviral Total level trx 106 memang merana siapa yang nak turun tangga dari atas 😭 #trx #klblackout ♬ original sound – Sumud Nusantara
Read Entire Article
Pertanian | | | |