Piala Malaysia: JDT tewaskan PDRM 10-1

2 hours ago 2

ISKANDAR PUTERI – Kelab gergasi, Johor Darul Takzim (JDT) tidak berdepan masalah menyempurnakan tugas meraih tiga mata apabila menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 10-1 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini hari ini.

Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk membuka jaringan sebaik sepak mula dimainkan, pada minit kedua, Teto Martin merembat kemas selepas umpanan cantik Jonathan Silva sekaligus memperdaya penjaga gol PDRM, Muhd Asri Muhamad.

Berselang lima minit kemudian, Martin sekali lagi membuatkan luka anak buah Eddy Gapil bertambah apabila mencatat selaku penjaring gol kedua JDT.

Gol kedua tercipta menerusi hantaran lambung pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor sebelum pemain pertahanan PDRM cuba ‘clear’kan bola namun bola melantun tepat ke kaki Martin lalu melepaskan sepakan lalu bola terus menerjah jaring.

Memasuki separuh masa kedua, Nazmi Faiz menambah derita pasukan tuan rumah apabila meledakkan gol ketiga pada minit ke-47 menyempurnakan hantaran Jonathan Silva.

Belum sempat ‘bernyawa’ untuk melupakan jaringan gol ketiga, kealpaan pasukan PDRM dihukum sekali lagi apabila Martin mencipta hatrit menghadiahkan gol keempat JDT pada minit ke-49.

Pada minit ke-60, PDRM belum mengangkat bendera putih melakukan asakan ke kubu pertahanan JDT sekaligus Imran Samso tidak mensiakan peluang menyempurnakan hantaran lintang Fakhrul Azim mencipta gol saguhati.

Selang seminit, kedudukan berubah menjadi 5-1 apabila gol Martin yang pada mulanya disangkakan ‘offside’ namun gol itu disahkan pengadil, Muhammad Izzul Fikri selepas menyemak Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pemain gantian JDT, Marcos Guilherme mencipta gol keenam pada minit ke-65 selepas menerima umpanan hantaran lintang daripada Nazmi Faiz hanya meletakkan kaki kirinya untuk mengubah arah lantunan bola sekaligus menergah gol.

Tujuh minit berselang, Martin mengukuhkan kedudukan JDT apabila menghadiahkan gol ketujuh Harimau Selatan.

Berbaki empat minit, Syahmi Safari melakukan hantaran cantik ketika kubu pertahanan PDRM kucar-kacir sebelum disambut Manuel Federico meletakkan gol kelapan JDT.

Pada minit ke-89, luka PDRM semakin berbisa setelah JDT sekali lagi menghasilkan gol kesembilan menerusi rembatan Marcos Guilherme.

Teto mencipta hatrik berganda dalam masa tambahan pada minit ke-94 sekaligus meletakkan JDT mencipta gol kesepuluh sebelum wisel masa penuh perlawanan dibunyikan.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |