[VIDEO] Selalu tengok video orang, hari ini depan mata

1 day ago 6

PETALING JAYA – Detik cemas dialami pengguna jalan raya apabila seekor gajah liar tiba-tiba muncul dan mengejar sebuah motosikal di tengah jalan.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh Wan Zack Omar, kejadian itu menyebabkan beberapa kenderaan, termasuk sebuah bas rombongan dari Pulau Pinang ke Kelantan, terpaksa berhenti secara mengejut.

Kereta dan lori dari arah bertentangan juga dilihat memperlahankan kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Nasib baik lori pun tak laju. Risau kalau brek mengejut. Alhamdulillah semua selamat. Gajah tu lihat bas saja, besar betul,” kata Lina@pink_skechers.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi serupa.

“Saya terpaksa brek mengejut, bawa barang banyak. Saya dalam perjalanan ke Gerik,” kata Safuan bin Shamsuddin.

“Untung dapat rakam. Saya tak sempat, masa lalu di selekoh ni saya seorang diri naik motor. Kena kejar pula, memang seram!” ujar Wandik888.

“Pernah kena situasi macam ni juga, memang cemas. Telefon dah sedia di tangan nak rakam, tapi terus kaku bila tengok gajah datang dekat van. Siap tahan nafas supaya dia tak dengar,” tambah Akmal3ai. -KOSMO! ONLINE

@wanzackomar Biasa duk tengok orng post video.. Hari ni kena kat diri sendiri.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.. #rombonganKvBachok #gajahbukitgerik #fyp #foryoupage ♬ original sound – WanZackOmar
Read Entire Article
Pertanian | | | |