[VIDEO] Perodua Axia ‘balik kampung’ naik bot ke Mulu

1 month ago 28

PETALING JAYA – Sebuah kereta Perodua Axia tular di media sosial apabila pemiliknya membawa pulang kenderaan tersebut dengan menaiki bot untuk ke kampungnya di Mulu, Sarawak.

Menerusi hantaran video TikTok pemilik Axia tersebut, Gal_Rera berkata, proses mengangkat kereta ke bot ditambah perjalanan menaiki bot pulang dari jeti Marudi ke Mulu, Sarawak mengambil masa kira-kira enam jam.

“Perjalanan mengangkat dan membawa kereta balik ke kampung mengambil masa lebih kurang enam jam dari jeti Marudi ke Mulu Sarawak. Untuk menjawab segala persoalan, di Mulu tiada stesen minyak, bengkel pun ‘repair’ (baiki) sendiri.

“Axia ni telah berkhidmat selama tujuh tahun bersama saya di Kuching, habis bayar sudah. Sekarang berkhidmat untuk orang tua saya pula di kampung,” katanya pada hantaran salah satu video hari ini.

Dia berkata, Mulu merupakan tempat pelancongan dan warisan dunia, malah keluarganya turut menyediakan khidmat mengangkut barangan berat seperti kenderaan dan sebagainya selain pakej pelancongan di sana.

Pada hantaran sebelumnya, wanita itu turut berkongsi video Perodua Axia itu dinaikkan ke dalam bot menggunakan kren.

Di ruangan komen pula, ramai yang meminta Gal_Rera untuk berkongsi video penuh perjalanan dari awal kereta tersebut sehingga tiba di kampungnya.

“Pertama kali tengok, buat ‘content’ dari awal sampai keluar dari perahu sis,” kata seorang pengguna TikTok.

“Kongsi video macam mana keluarkan tu (kereta) sis. Penuhi permintaan kami warga-warga netizen ni,” ujar seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

@a.reraofficial Perjalanan mengangkat/membawa kereta balik ke kampung mengambil masa lebih kurang 6jam dari jeti Marudi ke Mulu Sarawak. Untuk menjawab segala persoalan, di mulu tiada station minyak, bengkel pun repair sendiri. Fyi, Axia ni telah berkhidmat selama 7 tahun bersama saya d kuching, habissss bayarrr sudahhh. Hehe. Sekarang berkhidmat untuk orang tua saya pula d Kampung. Mulu ini tempat perlancongan. Mulu world heritage. Keluarga kami ada membuat khidmat mengangkut barang2 berat macam kenderaan dan sebagainya. Mulu tour package pun ada.. #muluworldheritage #transportcar #sarawaktiktok #axiakuningviral2024 #fyp #mulu #fyypppppppp ♬ Beautiful Land 2 – Helmy Trianggara
Read Entire Article
Pertanian | | | |