PETALING JAYA – Ramai peminat yang mengikuti perhimpunan motosikal Yamaha RXZ terbesar negara ‘menggesa’ supaya penganjur RXZ Members 8.0 memberikan anugerah khas kepada salah seorang ahlinya yang kenali sebagai ‘Pak Su Tomoi’.
Ia susulan terdapat beberapa netizen yang mendedahkan, ‘Pak Su Tomoi’ dikatakan tanpa gagal menunggal motosikalnya dari Kedah bagi menyertai acara tahunan berkenaan.
Malah, ada penduduk Terengganu mengakui sentiasa menantikan kehadiran lelaki berkenaan ke negeri tersebut setiap tahun.
“Insan yang selalu dinantikan setiap tahun di Terengganu. Semoga Allah permudahkan segala urusan Pak Su Tomoi,” ujar @Diari Sufi.
“Pak Su ni dari RXZ 1.0 hingga 8.0, penuh kedatangan. Terbaik Pak Su, semoga sihat selalu,” kata @Kudussskudusss.
“Penganjur pun cakna la skit. Beri la apa-apa anugerah khas kepada Pak Su ni. Dia tak pernah tak sertai RXZ Members dari 1.0 hingga 8.0. Tak kira la berupa wang atau cenderahati,” cadang yang lain.
Pada masa sama, ada yang memuji ‘Pak Su Tomoi’ kerana memilih untuk menunggang secara santai tanpa sebarang aksi berbahaya dan disifatkan wajar dijadikan contoh kepada ahli-ahli lain.
“Tengok ‘otai’ naik motosikal macam mana. Ni baru tunggang santai. Bukan naik buat ‘Superman’ laju-laju, lepas tu mati dekat jalan bagi orang kutuk. ‘Otai’ sebagai contoh,” puji seorang netizen.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, slogan ‘Yang Kental, Pasti Sampai’ yang sinonim dengan perhimpunan RXZ Members sejak sembilan tahun lalu dimansuhkan dan diganti dengan ‘Yang Santai, Pasti Sampai’ bagi penganjuran edisi kelapan berlangsung esok.
Penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, penukaran slogan tersebut bagi menyemai budaya tunggangan berhemah dalam kalangan peserta. – KOSMO! ONLINE
@99xproject Tok guru kita dah luncurr, fighter yang lain mana? #rxzmember ♬ original sound – Ustaz Kazim Official
3 hours ago
1


















![[VIDEO] ‘Mereka ada duit, kita ada Allah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/PENGAWAL-PERIBADI-DIPUKUL-MAJIKAN-e1785320792848.jpeg)






























