[VIDEO] ‘Musim tengkujuh, sampah hanyut dari luar sampai pantai Terengganu’

2 hours ago 1

PETALING JAYA – Pantai Kampung Jambu Bongkok di Marang, Terengganu dicemari sampah sarap yang dipercayai berasal dari negara lain dan bukannya dari Malaysia.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok Safawi Zaid memperlihatkan, sampah berkenaan terutama botol minuman plastik yang kebanyakannya didakwa tidak pernah dijual di negara ini.

“Ni tengok bukan sampah kita, sampah bawa dari Thailand, China, Vietnam mai hanyut sini. Ni tak ada kat kita ni.

“Memang musim tengkujuh bulan 12, pantai gini keadaannya, pelik. Janganlah ada yang buat cerita. Bukan sampah hok kita belaka ni,” katanya menerusi video berkenaan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai maklum balas selain ada yang berkongsi situasi sama di kawasan pantai berdekatan rumah mereka.

“Belakang rumah kite gini. Dua, tiga hari dah bako (bakar), pahtu (lepas itu) naik hok lain pulok,” komen Shimasalleh93.

“Ayah dengan tokki saya kalu gi pantai Rusila, mesti bawa pemetik api. Kutip bako sapoh (sampah) hanyut situ,” kata Ibissama.

“Sampah hanyut dari merata tempat ni. Lagipun masa air pasang besar, segala sampah ringan ikut sama air surut,” kata Abg Jo. – KOSMO! ONLINE

@s4fawiz4id Sekador maklumang untuk orang luor mari jalan pata musim2 gini #terengganu #pantai ♬ original sound – Safawi Zaid
Read Entire Article
Pertanian | | | |