[VIDEO] Lagu ‘Bersama Di Hari Raya’ masih relevan, kekal dalam ingatan peminat

3 days ago 7

PETALING JAYA – Walaupun sudah puluhan tahun berlalu, lagu Bersama Di Hari Raya nyayian asal kumpulan Cenderawasih terus menjadi pilihan pendengar setiap kali menjelang Syawal.

Lagu ini bukan sahaja membawa nostalgia malah tetap relevan dalam kalangan generasi baharu.

Di aplikasi TikTok, seorang pengguna media sosial dikenali Pojie.Pidon, memuat naik video nanyian kumpulan berkenaan dengan hantaran ‘mesti ramai yang tahukan, penyayi asal lagu Bersama Di Hari Raya’.

Hantaran itu, mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsi rasa kagum terhadap karya berkenaan.

“Lagu raya nostalgia yang terbaik… walaupun penyanyi berbangsa India, fasih menyanyi lagu Melayu. Salut buat anda berdua,” komen kak chik.

Seorang lagi pengguna, memuji penyanyi asal kumpulan Cenderawasih kerana masih mampu mengekalkan kualiti vokal mereka.

“Penyanyi asal kumpulan Cendrawasih, suara masih maintain sampai sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, @KansaiDaizen turut meluahkan penghargaan terhadap kumpulan tersebut yang telah menceriakan suasana Aidilfitri sejak zaman kanak-kanak hingga kini.

Lagu Bersama Di Hari Raya, yang dirakam pada era 80-an masih menjadi antara lagu wajib dimainkan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri membuktikan keistimewaannya yang terus bertahan merentasi generasi. – KOSMO! ONLINE

@pojie.pidon Mesti ramai yg baru tau kan? Penyanyi asal lagu #BersamaDiHariRaya ni berbangsa India … . . . Kredit Video : Nurul Amalina Zainudin . . #selamathariraya #aidilfitri #fyp #laguraya #raya #raya2025 #selamatharirayaaidilfitri #cenderawasih ♬ original sound – Pojie.Pidon ☑️
Read Entire Article
Pertanian | | | |