KLANG – Keprihatinan seorang jiran membawa kepada penahanan dua suspek lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah di Jalan Pekan Baru, Taman Eng Ann, di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima satu laporan kira-kira pukul 3.15 pagi berkaitan kejadian tersebut.
Menurut beliau, pengadu seorang wanita warga tempatan memaklumkan terdengar bunyi mencurigakan sebelum melihat pintu pagar rumah jirannya telah dipecah masuk.
“Susulan maklumat itu, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi sebelum menahan dua lelaki warga tempatan tersebut. Kedua-dua suspek cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kata beliau, hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek berusia 30 dan 44 tahun menemui barangan yang dicuri dari rumah berkenaan.
Jelas Vijaya, siasatan mereka aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak awal tahun ini dengan menyasarkan rumah yang ditinggalkan kosong atau tiada penghuninya.
“Semakan mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, ” tegasnya.
Beliau menambah, kedua-dua suspek kini direman selama lima hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, penangkapan kedua-dua suspek tersebut tular menerusi video berdurasi lebih seminit di aplikasi TikTok. – KOSMO! ONLINE
@thxrtythree The robbers broken into my neighbour house, call 999 and ask for police to come to arrest the thief…. Start around 3am in the early morning that mybneighbours house got loud sound, banging and hacking very loud, go check out at the front gate / main entrance the door broke and I directly call 999 and also call my neighbour if she at home. My neighbour is away and is not at home. Thanks god everything when smooth… #ipdklangutara ♬ original sound – 三🄰🅄🅁🄾🅁🄰三
2 days ago
11











![[VIDEO] Jalan Gua Musang ‘buat hal’ 4 jam tidak gerak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/GUA-MUSANG-SESAK-TRAFIK.jpeg)




































