PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Muhammad Noor Zakaria atau dikenali sebagai Madnor menasihatkan golongan muda supaya tidak menunggu terlalu lama untuk berkahwin hanya kerana belum mencapai tahap kewangan yang diimpikan.
Menerusi satu hantaran video di TikTok, dia berkata, sikap menangguhkan perkahwinan sehingga kononnya sudah kaya hanya akan menyebabkan seseorang ‘menua’ sebelum sempat membina keluarga.
Menurutnya, ramai anak muda hari ini gemar membandingkan pasangan mereka dengan individu lain yang sudah stabil dan berjaya dalam kerjaya walaupun usia masih muda.
“Jangan tunggu kaya baru kahwin, tualah kau nanti. Teman lelaki kau baru 25 tahun, macam mana kau nak anggap dia boleh kaya? Lambat lagi,” katanya.
Madnor berkata, pasangan yang mahu berkahwin tidak perlu menunggu semuanya lengkap kerana rumah tangga yang dibina bersama-sama dari bawah mempunyai kemanisan tersendiri.
Katanya, apa yang lebih penting ialah seseorang itu mempunyai sikap bersedia untuk memikul tanggungjawab serta rajin berusaha demi keluarga.
“Tak kaya tak apa, asalkan dia ada dua benda ni iaitu bersedia dan rajin. Kalau dah kahwin nanti, kehidupan memang tak sama macam dulu,” ujarnya.
Beliau berkata, alam perkahwinan merupakan satu fasa serius yang memerlukan pengorbanan daripada kedua-dua pasangan termasuk dari segi masa, emosi dan komitmen.
“Yang lelaki pun bila dah bersedia, dia tahu dia tak boleh melepak lagi bila isteri mengandung atau bila dah ada anak,” katanya.
Dalam pada itu, Madnor turut berkongsi pengalamannya membina kehidupan bersama pasangan bermula dari bawah sebelum berjaya menikmati kesenangan hasil usaha bersama.
“Dulu mula ‘from scratch’, rumah buruk pun ada kemanisan dia. Barulah ada cerita nak dikenang nanti,” katanya.- KOSMO! ONLINE
@dodosentoso2 ni kalau belum ada dalam diri boleh pospone dulu kawen tu eh adik adik gen z kesayangan abg mdno sekalian. jgn kawen lagi abg mdno hanger ko kang
6 hours ago
4


















![[VIDEO] Aktivis GSF 2.0, FFC diikat tangan di belakang, kepala atas lantai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-20-at-10.33.30-PM.jpeg)




























