Tangkap layar perkongsian @Makciknida di TikTok yang meraih lebih dua juta tontonan.
- Oleh ALIA NATASHA CHAHIDAN
- 25 Disember 2025, 10:52 am
PETALING JAYA – Gelagat seorang wanita yang tidak henti-henti berleter ketika membonceng motosikal meraih lebih dua juta tontonan di media sosial.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @Makciknida, wanita berkenaan kedengaran berulang kali mengingatkan suaminya yang menunggang motosikal agar memperlahankan kenderaan, berhati-hati di bonggol jalan serta peka terhadap keadaan sekeliling.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan telatah wanita berkenaan, malah ada yang menyifatkan penunggang motosikal tersebut sebagai lelaki penyabar.
“Pak cik, tolong turunkan ilmu kesabaran dekat saya,” seloroh Md Fllin.
“Syurga buatmu pak cik, banyak kesabaran pak cik,” kata Nanad.
“Sudah macam naik dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Lagi tegas daripada ujian JPJ ni,” komen Fumi Chan. – KOSMO! ONLINE
@makciknida Sentiasa berhati hati di jalan raya..pandu cermat jiwa selamat en.suami ride ke Bandar setiawan Perak..ingat pusing pusing dlm kampong je. #sosyg🥰 #Fypp ♬ bunyi asal – Makcik Nida
3 hours ago
1



![[VIDEO] Penat, letih tunggu longkang dibaiki – Port Lepak Jerung](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-25-at-12.18.07-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Tempat dah lawa, tapi anda rasa macam mana?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-25-at-11.29.33-AM.jpeg)












































