PETALING JAYA – Seekor kucing mencuri perhatian ramai selepas pemiliknya membawanya kembali ke lokasi di mana ia pertama kali ‘dikutip’.
Menerusi hantaran TikTok oleh @kerepekpisangsnow, pada 13 saat terawal memaparkan seorang lelaki warga emas berhenti di tepi jalan untuk menyelamatkan seekor anak kucing oren di bawah jambatan.
Pada saat ke-14, kucing yang kini sudah membesar dibawa semula ke lokasi tersebut, dengan pemiliknya berhenti di tepi jalan dan menunjukkan jambatan itu melalui tingkap kereta.
Hantaran ini telah mencuit hati pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dengan kecomelan antara kucing dan pemiliknya.
“Kelakar lah. Siap tunjuk balik tempat kena kutip dulu. Betul-betul tak nak bagi lupa diri,” ujar Ned.
“Ni baru betul, ayah kutip kau dulu kat tepi jalan,” kata Rose.
“Ini mesti buat perangai, itu yang atuk tunjuk tempat asal,” usik Kesom. – KOSMO! ONLINE
@kerepekpisangsnow “dari jalan kita bertemu, kpd jalan jgk kita kembali” 🐱 syg cuyen,jgn lupa diri ye ❤️🔥#catsoftiktok #oyen #cucuatuk ♬ original sound – 𝐙𝐏 — 𝙅𝙃𝙊𝙉𝙉𝙔//𝐏𝐑𝐒𝐓