[VIDEO] ‘Hati-hati ada yang memerhati dari atas jejambat’

6 hours ago 6

PETALING JAYA – Sekumpulan pemandu kini berdepan tindakan undang-undang selepas aksi mereka dikesan menggunakan lorong kecemasan untuk mengelak kesesakan jalan raya.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok oleh @Amaraisyh, kelihatan beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang melakukan pemantauan dari atas sebuah jejambat.

Anggota polis tersebut dilihat menggunakan peranti pengesan (speed gun) bukan sahaja untuk mengesan had laju, malah untuk merakam plat nombor kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan ketika trafik sedang sesak.

“Deretan kenderaan cuba ‘mencuri’ laluan di lorong kiri sekali, tanpa menyedari pergerakan mereka sedang dirakam dengan jelas dari jarak jauh.

Menurut Asy_Z, pemandu perlu membezakan antara lorong kecemasan biasa dengan lorong ‘Smart Lane’ yang dibuka secara berfasa oleh pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan.

“Smart Lane ada papan tanda tepi jalan dan lampu akan berkelip hijau bermakna ia aktif. Jika tiada papan tanda, itu dikira lorong kecemasan,” katanya lagi.

Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak mementingkan diri sendiri. – KOSMO! ONLINE

@amaraisyh ops selamat hari raya 2026 pemantauan kesalahan lorong kecemasan..ikut lorong yang betul #fyp #trafiklebuhraya #SNIPERLEBUHRAYA #kudaputih #hatihatimemandu ♬ original sound – Warta Malaysia
Read Entire Article
Pertanian | | | |