PETALING JAYA – “Dia hampir jadi sardin, aku hampir ke longkang. Nanti tak pasal masuk surat khabar.”
Demikian kapsyen ditulis seorang pemandu lori setelah memuat naik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan berani pemandu kereta memotong di garisan berkembar.
Pemandu lori tersebut turut terkejut secara tiba-tiba kereta terbabit menyelit di hadapan kenderaannya dan berada di antara sebuah lagi lori ketika melalui laluan berbukit.
Kemudian, di laluan bertentangan, terdapat juga beberapa kenderaan lain sedang bergerak dan situasi tersebut dilihat sangat bahaya serta berisiko untuk terjadinya kemalangan.
Menerusi rakaman 23 saat itu, dilaporkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Gua Musang ke Kuala Krai sekitar pukul 7.41 pagi semalam.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan netizen berhubung situasi tersebut.
“Kalau nak potong lori tunggulah jalan dua lorong, nak laju pergi mana,” kata Maida.
“Ramai sahaja macam ini pandu kereta. Saya balik kerja tengah malam nasib tak masuk longkang sebab ada kereta tiba-tiba masuk laluan motosikal tak bagi signal,” kata Sitiharyani yang berkongsi pengalaman dilaluinya berdepan dengan pemandu tidak bertanggungjawab di atas jalan raya.
“Memang jalan ini akan ada pemandu perangai begini, di garisan berkembar pun nak memotong, kalau kemalangan, mati siapa nak disalahkan? Tak sayang nyawa,” kata Faezah. – KOSMO! ONLINE
@pengemisjalanan89Dia hampir jadi sardin, aku hampir ke longkang😅😅😅 Kang tak pasal2 masuk surat khabar🤦♂️🤦♂️🤦♂️♬ original sound – Adrian Lo Dejavu