PETALING JAYA – Laluan menuju Cameron Highlands, terutama dari Simpang Pulai, dilaporkan sesak sejak seawal pukul 9 pagi ini, namun pengguna jalan raya tetap beratur panjang menuju destinasi peranginan popular itu.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @asnunmotorsewacameron, kelihatan aliran trafik bergerak perlahan tanpa henti, dengan kereta berderet seakan tidak berkesudahan menuju ke kawasan tanah tinggi tersebut.
Situasi itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang mempersoalkan kesungguhan pemandu berdepan kesesakan.
“Demi nak naik Cameron, sesak pun redah juga. Kalau saya tak mampu la, entah bila akan sampai,” komen Zaudiah.
“Setiap kali cuti, Cameron memang sesak. Tidak pernah kosong langsung,” tambah Syam.
“Nasib baik dah pergi hujung minggu haritu, tidak la bersesak-sesak hari ini,” seloroh Syaf Kiza. – KOSMO! ONLINE
@asnunmotorsewacameron hai #cuti2malaysia #fyp #asnunsewamotorcameron #kabus #pasarmalamgoldenhills ♬ Permata Biru – Ella
2 hours ago
2





![[VIDEO] Penat, letih tunggu longkang dibaiki – Port Lepak Jerung](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-25-at-12.18.07-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Tempat dah lawa, tapi anda rasa macam mana?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-25-at-11.29.33-AM.jpeg)
![[VIDEO] Isteri ‘berleter’ atas motor, suami tenang sahaja](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/0690b535-20b9-406c-b874-6a45daf4ca7b.jpeg)









































