PETALING JAYA – Seorang wanita membuat kejutan sempena sambutan hari kelahiran anak saudaranya dengan kehadiran anggota polis sekali gus mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran pengguna TikTok @Subalakkshmi_, memaparkan anak saudaranya yang berusia tiga tahun menanti kedatangan kereta polis di hadapan rumah.
“Saya mahu buat satu kejutan yang sangat istimewa untuk dia (anak saudara). Saya dan abang kumpul semua keberanian, buat panggilan dan tak sangka ia benar-benar menjadi.
“Pegawai polis itu memberikan nasihat agar belajar bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa serta membesar menjadi insan yang baik,” katanya.
Video berdurasi 1 minit 38 saat itu turut memaparkan salah seorang pegawai polis turut memberi kanak-kanak itu memakai topi beret polis.
Difahamkan, dua anggota pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya turut bergambar bersama anak saudaranya.
Menjengah ke ruang komen, ramai pengguna memberi pujian terhadap keprihatinan anggota polis, selain memuji usaha keluarga tersebut meraikan hari lahir kanak-kanak itu.
“Saya doakan anak saudara kamu akan menjadi seorang pegawai polis suatu hari nanti. Jangan risau dengan cabaran kehidupan. Selamat hari lahir, adik,” komen @PuvaanRaj.
“Terima kasih abang polis. Perkara ini yang akan beri motivasi kepada anak muda. Kamu berjaya berikan hadiah hari lahir paling bermakna untuk dia,” komen @Sugar_cravers. – KOSMO! ONLINE
@subalakkshmi_ It’s a beautiful birthday surprise video for my Nephew , Om ❤️ Thank You Mr.Amsyar and Mr.Abdullah for Being Om’s Hero … 🫡 Happy 3 years old Om ! Suba loves you very much ❤️ #policemen #pdrm #birthdaysurprise #ampangjayapolice #malaysia ♬ Vaa Chellam (From “Pon Magal Vandhal”) – Govind Vasantha & Brindha Sivakumar
1 day ago
5

















































