[VIDEO] ‘Abah akhirnya dapat lepaskan segala bebanan’

7 hours ago 25

PETALING JAYA – “Abah akhirnya dapat lepaskan segala bebanan, menyedari bahawa beliau berkhidmat untuk Perlis dengan rasa hormat dan dedikasi.”

Demikian luahan anak bekas Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli menerusi perkongsiannya pada TikTok @ggmahfuz sekali gus mendapat pelbagai maklum balas terutama rakyat Perlis.

Pada hantaran tersebut, pemuda itu memuat naik beberapa gambar bersama ibu bapanya, selain turut memberikan respons terhadap komen yang ditujukan kepada Mohd. Shukri atau mesra dengan panggilan Cikgu Shukri.

“Terima kasih abah juga sayang semua rakyatnya. Insya-Allah terima kasih semua,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Mohd. Shukri sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perlis.

“Sebagai rakyat Perlis, sayang dekat cikgu. Terima kasih atas segalanya,” komen seorang individu.

“Maafkan kami, doakan kami. Semoga Allah mempermudah, merahmati dan melindungi Cikgu Shukri,” komen individu lain.

“Anak bekas MB Perlis, sampaikan salam saya pada Cikgu Shukri, saya dari Sabah. Mudah-mudahan dapat jumpa beliau, boleh ajak ‘selfie’ nanti,” kata seorang pengguna TikTok yang lain.

“Baju hitam yang pertama tu lah Cikgu Shukri pakai waktu menolong mangsa banjir di kampung dekat Sanglang. Jasa beliau akan kami ingati,” komen seorang pengguna TikTok.

Sebelum ini, Mohd. Shukri mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis, manakala surat peletakan jawatan tersebut dipersembahkan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Mohd. Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat secara secara sukarela dan atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Susulan itu, ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu. – KOSMO! ONLINE

@ggmahfuzk

♬ suara asli – ADRIAN@

Read Entire Article
Pertanian | | | |