SEPANG- Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan salah seorang aktivis GSF 2.0 rakyat Malaysia, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs, 26, menerima ugutan menerusi proksi media Israel, Mossad Commentary.
Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Susulan itu, katanya, beliau dimaklumkan kerajaan telah mengambil langkah susulan bagi memantau keselamatan Haroqs serta ahli keluarganya.
“Kebimbangan itu bukan sahaja terhadap keselamatan Haroqs di luar negara, malah ibunya yang berada di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan meminta pihak Turkiye membantu memantau situasi itu memandangkan negara berkenaan mempunyai keupayaan risikan serta hubungan diplomatik berkaitan.
Sani Araby berkata, ahli keluarga Haroqs juga telah dimaklumkan mengenai ancaman serta ugutan itu dan tindakan susulan berkaitan keselamatan sudah dibuat.
Ditanya sama ada Haroqs adalah antara rakyat Malaysia yang mengalami cedera teruk ketika ditahan tentera rejim Israel baru-baru ini, Sani Araby berkata, beliau tidak dapat mengesahkan perkara itu.
“Kami hanya dimaklumkan keadaan Haroqs ketika ini stabil, namun belum dapat disahkan tahap kesihatannya sehingga pemeriksaan lanjut dilakukan di Turkiye.
“Laporan kesihatan itu penting sebagai bukti sekiranya wujud kecederaan atau penderaan fizikal sepanjang misi tersebut.
“Setakat ini, terdapat maklumat awal berhubung dakwaan penderaan fizikal termasuk insiden pukul dan masalah sesak nafas melibatkan beberapa peserta, namun pengesahan lanjut hanya boleh dibuat selepas pemeriksaan klinikal dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2





![[VIDEO] Jangan tunggu kaya baru nak kahwin – Madnor](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-21-at-5.08.20-PM.jpeg)












![[VIDEO] Aktivis GSF 2.0, FFC diikat tangan di belakang, kepala atas lantai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-20-at-10.33.30-PM.jpeg)




























