PETALING JAYA – Gurauan antara pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dengan isterinya, Rogayah Sulong mencuit hati orang ramai selepas pasangan itu saling mengusik mengenai penampilan masing-masing.
Menerusi hantaran di Facebook, Rogayah memuat naik swafoto bersama suaminya ketika menikmati pemandangan di sebuah lokasi peranginan.
“Menua bersamamu. Orang Ganu kata tua sama-sama,” tulisnya berserta emoji hati dan wajah tersenyum.
Bagaimanapun, UAI tampil membalas hantaran itu di ruangan komen dengan membetulkan ayat isterinya secara berseloroh.
“Salah tu… ayat yang betul ialah… tua lah mung sekor (awak seorang)… lihat ni gambar asal,” tulisnya.
Lebih menghiburkan, UAI turut memuat naik versi gambar yang menampilkan wajahnya kelihatan lebih muda, manakala isterinya pula tampak jauh lebih berusia.
Tidak berdiam diri, Rogayah kemudian membalas semula gurauan suaminya dengan memberi ‘amaran’ untuk menunggu sehingga mereka pulang nanti.
“Owohh, kasar sangat gurau. Kalau dia hendak muda selalu. Tak apa, siaplah balik nanti, memang aku bedal dengan tali ‘timber’. Memang billow (birat) kali ini,” katanya.
Balasan tersebut mengundang gelak tawa pengguna media sosial yang terhibur menyaksikan aksi saling mengusik antara
pasangan berkenaan.
Rata-rata menyifatkan gurauan pasangan itu sebagai mencuit hati, selain mendoakan agar rumah tangga mereka terus bahagia dan berkekalan.
“Semoga sentiasa dalam rahmat Allah selalu Big Bos dan Ummi. Senyum manis Big Bos kita. Mungkin Ummi tau sebab apa,” komen Ibnh Hasim.
“Bersemut skrin telefon saya ni. Semoga menua sehingga ke syurga,” komen Norzira.
“Pasangan bahagia, dah lama bersama bergurau pun mencuit hati. Bersemut saya baca,” komen Kamalia.
Setakat tangkap layar itu dirakam, hantaran Rogayah meraih lebih 10,000 tanda suka, 223 komen dan 104 perkongsian, manakala balasan UAI pula menerima lebih 2,000 reaksi.
Untuk rekod, Rogayah merupakan isteri pertama UAI dan pasangan itu dilaporkan dikurniakan enam orang anak.
Secara keseluruhan, pendakwah berkenaan mempunyai 12 cahaya mata, terdiri daripada tujuh lelaki dan lima perempuan hasil perkahwinannya. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
1
![[VIDEO] Penganjur RXZ Members digesa beri anugerah kepada ‘Pak Su Tomoi’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/d1cd6874-dae9-4887-9372-773c573d6ae4.jpeg)

















![[VIDEO] ‘Mereka ada duit, kita ada Allah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/PENGAWAL-PERIBADI-DIPUKUL-MAJIKAN-e1785320792848.jpeg)






























