Tradisi ‘raya enam’ di Kampung Durian Kassim meriah

6 hours ago 6
Sebahagian penduduk menikmati juada raya beramai-ramai sempena sambutan ‘raya enam’ di Kampung Durian Kassim, Hulu Terengganu hari ini.
  • Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
  • 28 Mac 2026, 2:05 pm

HULU TERENGGANU – Lebih 500 penduduk Kampung Durian Kassim di sini meneruskan tradisi meraikan sambutan ‘raya enam’ pada 8 Syawal hari ini.

Penduduk kampung termasuk perantau menyambut ‘raya enam’ selepas masing-masing selesai menyempurnakan puasa sunat selama enam hari berturut-turut mulai 2 Syawal.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung Durian Kassim, Narasid Abu Bakar berkata, tradisi ‘raya enam’ secara beramai-ramai selepas selesai puasa sunat Aidilfitri dirintis generasi awal perkampungan tersebut sejak tahun 1960-an.

“Kampung Durian Kassim antara perkampungan yang masih mempertahankan tradisi menyambut ‘raya enam’ secara besar-besaran. Kami meraikan ‘raya enam’ lebih meriah berbanding 1 Syawal bersama-sama termasuk dengan perantau,” katanya ketika ditemui hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |