Tiada lagi cukai percuma untuk kenderaan mewah di Langkawi, Labuan

6 days ago 10
Gambar hiasan.
  • Oleh NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL
  • 10 Oktober 2025, 4:25 pm

PETALING JAYA – Kerajaan bercadang untuk mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan kepada kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil selepas mendapati terdapat pemilik kenderaan mewah mengambil kesempatan terhadap kemudahan pengecualian cukai yang diberikan di kedua-dua wilayah bebas cukai berkenaan.

Katanya, tindakan tersebut bertujuan mengekang ketirisan hasil negara dan memastikan manfaat pengecualian cukai dinikmati secara saksama oleh golongan yang benar-benar layak.

“Terdapat pemilik kenderaan mewah yang kian lama mengambil kesempatan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan. Bagi menangani ketirisan tersebut, kerajaan bercadang supaya pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Read Entire Article
Pertanian | | | |