Teman lelaki mangsa antara ditahan kes rogol

4 hours ago 3

ALOR SETAR – Salah seorang daripada empat remaja lelaki yang ditahan kerana disyaki merogol pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di daerah Baling dipercayai merupakan teman lelaki mangsa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek merupakan pelajar tingkatan lima dan belajar di sekolah sama dengan mangsa.

Katanya, tiga lagi suspek terdiri daripada dua pelajar sekolah sama serta seorang bekas pelajar di situ.

“Suspek yang merupakan bekas pelajar dibuang sekolah pada Ogos lalu kerana masalah disiplin termasuk ponteng sekolah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa dan suspek dikatakan pernah melakukan hubungan seks di beberapa lokasi berasingan termasuk di rumah, ladang kelapa sawit dan kelas di sekolah.

“Perbuatan itu terbongkar selepas rakaman video kelakuan tidak bermoral mangsa tersebar sebelum guru disiplin menghubungi ibunya yang kemudian membuat laporan polis,” ujarnya.

Jelasnya, kejadian disyaki berlaku akibat ketidakmatangan mangsa dan suspek untuk berfikir tentang kesan daripada perbuatan itu.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan di bawah kesalahan merogol kerana mangsa masih di bawah umur,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa, polis dan institusi pendidikan agar memastikan anak-anak tidak terjebak dengan perkara tidak baik.

“Pantau penggunaan telefon pintar anak masing-masing, ambil tahu apa yang dilayari mereka,” tambahnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan
polis menahan empat remaja berusia 15 hingga 17 tahun termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di daerah ini kerana disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan sejak Mei lalu.

Kejadian rogol dikatakan berlaku di beberapa lokasi berasingan termasuk di kelas sebuah sekolah di daerah Baling.

Bahan lucah iaitu rakaman video pelajar perempuan dalam keadaan berbogel turut tersebar. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |