Tabung Ihya’ Ramadan 1447H/2026 UPSI bantu warga universiti kesusahan

21 hours ago 9
SUASANA ketika solat hajat sebelum pelancaran Tabung Ihya' Ramadan 1447H/2026 di Masjid Al-Mursyidin, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim semalam.
  • Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
  • 8 Januari 2026, 4:17 pm

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melancarkan Tabung Ihya’ Ramadan 1447H/2026 sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu dan memberi manfaat kepada warga universiti yang memerlukan khususnya menjelang Ramadan.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, Pusat Islam UPSI menyasarkan jumlah RM130,000 untuk tabung berkenaan menjelang Ramadan pada tahun ini.

Katanya, tabung itu meliputi program berbuka puasa harian, moreh, solat tarawih serta majlis tadarus dan khatam al-Quran perdana.
“UPSI akan memberi penekanan khusus terhadap pengukuhan rohani warga universiti melalui pendekatan yang disifatkan sebagai Kompas Hati, Kompas Iman dan Kompas Ibadah.

“Sehubungan itu, beberapa inisiatif baharu akan dilaksanakan, termasuk mewajibkan kursus kefahaman bacaan solat kepada semua staf serta pelaksanaan solat berjemaah maghrib dan isyak di masjid kolej kediaman bagi mahasiswa bermula minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Masjid Al-Mursyidin, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah di Tanjung Malim semalam. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |