PEMENANG pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025, Nurul Syasya Nadiah memasang misi lebih besar apabila menjadikan siri kejohanan di Eropah sebagai platform utama meningkatkan ranking dunia, sekali gus memburu tiket ke temasya utama.
Menurut Syasya, pendedahan di pentas antarabangsa amat penting bagi menilai tahap sebenar prestasinya berbanding atlet luar, selain memperbaiki kelemahan menjelang musim kompetitif.
“Bagi saya, setiap kejohanan di luar negara penting untuk saya tengok tahap sebenar saya. Dari situ saya tahu di mana kekuatan dan apa yang perlu diperbaiki,” katanya.
Penembak itu merancang menyertai beberapa kejohanan di Eropah bermula April ini termasuk di Berlin, sebelum meneruskan aksi di Munich dan Zermatt pada Mei sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjangnya.
Syasya turut menyasarkan untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Doha pada November, namun mengakui perlu memenuhi kriteria kelayakan yang bergantung kepada prestasi semasa di pentas antarabangsa.
“Untuk layak, mereka akan tengok prestasi kita di luar negara. Kalau ranking mencukupi, insya-Allah ada peluang,” ujarnya.
Mengimbas penampilan sulung di Sukan Asia Sukan Asia 2022 di Hangzhou, Syasya mengakui berdepan tekanan besar yang menjejaskan prestasinya ketika itu.
“Di Hangzhou, saya rasa agak kecewa dengan prestasi sendiri. Mungkin sebab pertama kali beraksi di pentas besar, jadi tekanan itu ada,” katanya.
Bagaimanapun, pengalaman tersebut dianggap sebagai titik penting dalam membentuk mentaliti lebih kuat, selain membantu mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki.
Kini, dengan sasaran lebih jelas, Syasya tidak berselindung mahu memburu podium sekiranya berjaya melayakkan diri ke Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.
“Kalau layak ke Sukan Asia nanti, sasaran saya memang podium. Itu yang saya kejar,” tegasnya.

7 hours ago
5







![[VIDEO] ‘Hati-hati ada yang memerhati dari atas jejambat’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-19.36.50.jpeg)
![[VIDEO] Kancil dikejar polis rempuh khemah jamuan penduduk](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-20.36.47.jpeg)





![[VIDEO] ‘Hajat Allahyarham Zahran tercapai untuk jadi penderma organ’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-17.04.26.jpeg)

![[VIDEO] ‘Nak elak jalan besar, tapi jalan kampung pun sesak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/6acc5dc6-f45a-4ce0-a605-4b9bda292a74.jpeg)
































