‘Saya buntu setiap kali tin susu hampir kosong’

21 hours ago 12

PASIR PUTEH – Seorang ibu ki­ni buntu kerana tidak mampu me­nyediakan RM2,000 sebulan untuk membeli susu khas buat ba­yinya berusia enam bulan yang menghidap sindrom Treacher Col­lins (TCS) sejak lahir.

Nur Azlina Bohore, 29, berkata, dia mula berasa tidak keruan setiap kali susu khas yang diberikan kepada Hayyan Rifqi Abdul Hanif hampir kosong di dalam tin.

Hayyan Rifqi meminum susu me­lalui tiub setiap tiga jam selain beberapa jenis susu lain dan sumber nutrisi khas seperti Carborie, Infatrini, ActivMax, Dupro dan minyak MCT mengikut sukatan tertentu.

“Kos susu formula sahaja men­cecah RM2,000 sebulan. Jum­lah itu tidak termasuk pembelian tiub trakeostomi, tiub se­dutan dan pelbagai peralatan pe­rubatan lain. Tiub trakeostomi yang ber­har­ga RM385 pula perlu diganti secara berkala.

“Pakar turut mencadangkan peng­gunaan alat bantu pende­ngaran jenis Bone Conduction Ad­hear berharga lebih RM7,000 ba­gi membantu perkembangan pen­dengaran dan pertuturan anak saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Be­sar di sini baru-baru ini.

Nur Azlina berkata, anaknya yang dilahirkan dengan berat 2.3 kilogram (kg) kini hanya memiliki berat 3.9 kg sekali gus melambatkan proses pembedahan rekahan lelangit.

Hayyan Rifqi memerlukan pen­jagaan rapi sepanjang masa menyebabkan Nur Azlina tidak dapat bekerja kerana perlu berulang-alik ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan Hospital Raja Pe­rempuan Zainab II, Kota Bharu sekurang-kurangnya tiga kali se­minggu bagi tujuan rawatan susulan.

Suaminya, Abdul Hanif Abdul Ghani, 35, pula bekerja kampung dengan pendapatan RM900 se­bulan selain menanggung tiga anak lain yang berusia lima hingga sembilan tahun.

“Saya turut memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Ke­lantan,” katanya

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Nor Azlina di talian 017-971 7739 atau menyalurkan ke akaun CIMB wanita itu yang bernombor 7053905497.

Read Entire Article
Pertanian | | | |