Gambar hiasan
- Oleh ELLIANA MD ILIAS
- 23 Mac 2026, 2:15 pm
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir bakal melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia menjelang lewat petang ini.
MetMalaysia berkata, keadaan cuaca tidak menentu itu dijangka tertumpu di Perak, Selangor serta seluruh Lembah Klang.
“Keadaan ini (hujan dan ribut petir) dijangka akan berterusan hingga awal malam ini,” katanya menerusi perkongsian di YouTube hari ini.
Sementara itu, cuaca hujan turut diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat dan Pedalaman. Bagaimanapun, di Sarawak, cuaca dilaporkan berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh tersebut.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca mendadak dan mendapatkan maklumat sahih melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
6


















![[VIDEO] ‘Silakan berlumba, aku dah standby van jenazah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-22-at-9.18.12-AM.jpeg)






























