Aksi seorang wanita warga tempatan yang cuba terjun dari sebuah bangunan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pagi tadi. IHSAN PDRM
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 23 Mac 2026, 7:56 pm
SEREMBAN – Seorang wanita tempatan diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun dari sebuah bangunan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, wanita berusia 38 tahun tersebut hadir ke Balai Polis Seremban 2 untuk membuat laporan berhubung dakwaan difitnah teman lelakinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, pembantu kedai di Seremban 2 itu sempat ke tandas sebelum laporan direkodkan.
“Tidak lama kemudian, anggota bertugas terdengar bunyi bising di kawasan tepi Pejabat Cawangan Khas IPD Seremban sebelum mendapati wanita tersebut berada dalam keadaan cuba terjun dari bangunan.
“Anggota polis dan saksi di lokasi memujuk mangsa sebelum diselamatkan. Wanita itu kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
1

















































