Pengantin lelaki pikat isteri, pecah bata guna kepala

2 days ago 9
Tangkap layar video menunjukkan pengantin lelaki memecahkan bata untuk membuat calon isterinya terpukau. - TikTok
  • Oleh KOSMO
  • 13 Oktober 2025, 6:30 pm

JAKARTA – Seorang pengantin lelaki mengundang perhatian ramai kerana memecahkan batu bata dengan kepalanya di hadapan isteri untuk memikat wanita berkenaan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pengantin lelaki meminta izin daripada isterinya untuk memecahkan bata. 

Selepas diberi kebenaran, dia menghantuk kepalanya dengan kuat sehingga bata-bata tersebut pecah. 

Pengantin perempuan tersenyum dan menutup mulutnya dengan tangan seolah-olah terpukau dengan kekuatan si suami. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 41,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Nasib baik pecah, kalau tidak mesti malu,” kata seorang netizen. 

“Saya yang malu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |