Penduduk Terengganu, Pahang, Johor berdepan hujan lebat hingga 2 petang

12 hours ago 4
Gambar hiasan.
  • Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
  • 15 Oktober 2025, 12:22 pm

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Terengganu serta beberapa daerah sekitar Pahang dan Johor bakal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 2 petang ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda daerah Kemaman, Terengganu ketika ini.

Selain itu, di Pahang melibatkan Kuantan dan Pekan manakala Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor turut brdepan cuaca buruk bagi tempoh sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

Read Entire Article
Pertanian | | | |