Keadaan lori kontena yang terlibat kemalangan di susur masuk Tol Sungai Buloh petang tadi.
- Oleh HARRITH HISHAM
- 1 Ogos 2026, 7:01 pm
SUNGAI BULOH – Seorang pemandu lori kontena mengalami kecederaan separa kritikal selepas kenderaan dipandunya terbabas di susur masuk Tol Sungai Buloh menghala ke Kem Sungai Buloh, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.01 petang itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Damansara digerakkan ke lokasi.
“Komander Operasi memaklumkan kerja-kerja menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 5.50 petang sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashrul Riezal berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
3
![[VIDEO] Ahmad Zahid serah tiga nama calon MB kepada Tuanku](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/AHMAD-ZAHID-ISTANA-HINGGAP.jpeg)







![[VIDEO] Tayar lori tercabut, melayang hempap kereta](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/TAYAR-LORI-TULAR-VIRAL.jpeg)








































