Pekerja setia maut ketika bertugas

1 day ago 6

REMBAU – Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika sedang melakukan kerja pemasangan solar di sebuah kilang di Pedas, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, mangsa berusia 21 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi itu, mangsa bersama tiga rakan sekerja sedang melakukan kerja pemasangan solar di atas bumbung kilang.

“Si mati didapati berjalan di atas bumbung tanpa memakai tali pinggang keselamatan sebelum bumbung pecah, menyebabkan si mati terjatuh dari ketinggian 12 meter dan terkena leaching tank (kolam air rendaman sarung tangan).

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, kira-kira pukul 12.15 tengah hari oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Pedas,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Pekerja pakistan maut

Azmi berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa sudah pun berkhidmat selama 13 tahun bersama syarikat berkenaan.

Menurutnya, mayat telah dihantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat pagi ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |