OMS Energy pasang sistem kawalan telaga pintar pertama di Pakistan

10 hours ago 1

PETALING JAYA  – OMS Energy Technologies Inc. mengukuhkan kedudukan globalnya apabila berjaya memasang sistem kawalan telaga pintar pertama di Pakistan bagi projek bersama MOL Pakistan, anak syarikat milik penuh MOL Group.

Pencapaian itu merupakan langkah strategik OMS untuk memperkukuh kedudukan dalam pasaran tenaga global, khususnya di Pakistan yang dilihat sebagai pasaran baharu berpotensi besar.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif OMS, How Meng Hock berkata, OMS memainkan peranan penting dalam pembangunan dan dan menyepadukan sistem kawalan telaga pintar melalui kerjasama dengan beberapa syarikat perkhidmatan medan minyak utama.

“Komponen sistem dihasilkan di loji pembuatan OMS di Singapura dan sudah melalui pelbagai ujian bentuk, kesesuaian dan fungsi yang disaksikan oleh wakil MOL Pakistan sebelum dipasang di tapak projek.

“Sistem kepala telaga pintar pintar OMS menyepadukan pemantauan masa nyata, automasi dan teknologi kawalan jauh, mengoptimumkan prestasi telaga, meningkatkan keselamatan dan meningkatkan kecekapan operasi.

“Melaluinya, dijangkakan kadar sedia ada dapat ditingkatkan bersama usahawan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran MOL Pakistan dengan ketara, memberikan manfaat yang besar kepada sektor itu dan menyumbang kepada kemampanan tenaga Pakistan.

Melalui inovasi dan perkongsian dengan pengendali utama dan pembekal perkhidmatan Pakistan, OMS berhasrat untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran Pakistan, mengukuhkan pertumbuhan tenaga yang mampan, dan menyokong sektor tenaga mampan Pakistan

OMS turut menyertai kajian oleh Oil and Gas Development Company Limited, syarikat minyak dan gas terbesar di Pakistan, dan Lahore University of Management Sciences, sebuah universiti penyelidikan utama Pakistan, untuk menyokong inisiatif penyetempatan bersama mereka. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |