Nubhan tidak hadir, proses sulh gagal

22 hours ago 8

SEREMBAN – Proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian antara Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr.Fie dan bekas suami, Ahmad Nubhan Ahamad gagal mencapai persetujuan pada rundingan di Unit Sulh, Mahkamah Syariah Seremban di sini hari ini.

Peguam Syarie, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff yang mewakili Dr. Fie berkata, ini berikutan ketidakhadiran penyanyi itu selaku defendan, malah pihaknya tidak menerima maklumat daripada peguam atau Ahmad Nubhan sebaliknya hanya diketahui sebaik tiba di mahkamah.

“Proses sulh berjalan hari ini yang mana Pegawai Sulh mendengar keterangan pihak plaintif berkenaan isu ini sewaktu prosiding sulh. Sepatutnya dihadiri kedua-dua pihak.
“Sebab itu diunjurkan Islam, yang terbaik untuk berbincang. Kegagalan defendan untuk hadir hari ini menyebabkan matlamat sulh tidak dapat dicapai,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di sini hari ini.

Dr. Fie yang ditemani ibu bapanya sebelumm itu tiba di mahkamah kira-kira pukul 11 pagi sebelum masuk ke kamar Unit Sulh.

Puteri Ummi Kartini berkata, selepas sulh, pihaknya akan buat membuat serahan saman tuntutan harta sepencarian kepada peguam defendan yang pihak mereka perlu memasukkan pembelaan.

“Peguam atau defendan sendiri kena hadir untuk memasukkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Mahkamah sudah menetapkan tarikh untuk sebutan pada 3 Februari depan. Kalau hari ini tidak boleh datang, harap peguam syarie yang mewakilinya boleh datang sebab kita tidakk terima apa-apa notis ketidakhadiran defendan walaupun serahan notis sulh sudah dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Fie ketika ditemui turut menyatakan rasa terkejut dan kelihatan sebak kerana bekas suaminya itu tidak hadir memandangkan proses sulh diibuat demi kebaikan anak-anak.

“Cuma saya harapkan dia hadir kalau boleh untuk prosiding akan datang. Bagi kerjasama sebab saya nak cepatkan untuk anak nak sekolah, kami tiada tempat tinggal, buku anak sekolah lagi. Saya sudah hantar maklumkan semua tentang buku sekolah, sebab dalam WhatsApp sekolah, nama saya. Jadi apa-apa maklumat mengenai sekolah, saya yang dapat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |