Mercedes berdebu dilelong RM23 juta

3 days ago 11
Mercedes-Benz 300 SL ‘Gullwing’ keluaran tahun 1956 ini bakal dilelong di Chantilly menjelang 27 Januari. - Artcurial
  • Oleh KOSMO
  • 14 Januari 2026, 6:00 pm

PARIS – Sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipenuhi debu selepas terbiar selama 11 tahun bakal dilelong dalam satu acara lelongan di Paris pada harga dijangka mencecah €5 juta (RM23.6 juta), lapor portal berita Robb Report. 

Kereta Mercedes-Benz 300 SL ‘Gullwing’ keluaran tahun 1956 itu terbiar sehingga dipenuhi debu, kotoran dan tayar kempis meskipun sudah bertukar pemilik beberapa kali. 

Kenderaan tersebut dimiliki seorang usahawan Perancis, Claude Foussier pada tahun sama sebelum ia dijual dua kali pada 1961. Ia bertukar pemilik buat kali terakhir pada 2014. 

Lebih menarik, model itu juga ditemukan terbiar di dalam garaj pemilik semasa di rumah sama yang pernah diduduki oleh Foussie selepas 70 tahun. 

Mercedes-Benz 300 SL ‘Gullwing’ itu dilengkapi enjin enam silinder berkapasiti 3 liter yang mampu menghasilkan 235 kuasa kuda. 

Kereta itu akan dilelong dalam acara lelongan Concours d’Elégance di Chantilly menjelang 27 Januari ini. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |