- Oleh SITI SARAH NURUL LIYANA
- 19 Disember 2024, 8:10 am
HATI veteran askar British Rejimen Pengawal Singapura (SGR) itu sebak saat melihat satu per satu rakan seperjuangannya dahulu melangkah masuk ke dalam dewan. Di dalam memori yang terakam di peti minda Yussof Ali, 78, rupa dan sosok sahabat-sahabatnya itu masih muda dan tegap sesuai dengan kerjaya mereka sebagai anggota unit badan beruniform. Namun sama seperti keadaan dirinya sekarang, mereka juga tampil dengan rupa yang sudah berkedut seribu serta rambut yang dilitupi uban. Sesetengah daripada rakan-rakannya tidak lagi sihat secara fizikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya