Manis molek Misha Omar bertudung di Perlis

1 day ago 15
Penampilan bertudung Misha Omar ketika satu acara di Perlis baru-baru ini.
  • Oleh NUR EMIRA SAIZALI
  • 12 September 2026, 10:45 am

KETIKA semua rancak dengan pelbagai isu semasa, Misha Omar sempat mencuri pandangan khalayak apabila tampil memakai tudung ketika membuat persembahan di Perlis baru-baru ini.

Difahamkan, penampilan tersebut adalah permintaan daripada kerajaan negeri.

Lucunya, dia berseloroh wajahnya mempunyai iras beberapa penyanyi hebat lain apabila memakai tudung.

“Dari depan ada iras Datuk Seri Siti Nurhaliza, dari tepi macam Datuk Ziana Zain.

“Dari sini eh seperti Ernie Zakri sedikit, dari sini (sudut atas), Aina Abdul,” katanya.

Sementara ruangan komen dibanjiri dengan pujian dan doa berharap Misha akan tampil dengan imej bertudung selepas ini.

Read Entire Article
Pertanian | | | |