TAPAH – Anggota penyelamat telah menemui malim gunung dan seorang pendaki yang mengalami masalah kesihatan di Gunung Batu Putih di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pasukan penyelamat JBPM seramai lapan orang telah diturunkan oleh pesawat AW139 di puncak Gunung Batu Putih pada pukul 11.43 pagi tadi.
Katanya, para penyelamat tersebut telah turun dari puncak menuju ke lokasi mangsa dan berjaya menemui mangsa, Mohd. Hanafi Neikmad, 41, bersama malim gunung yang menemaninya.
“Mangsa telah dibawa ke lokasi yang dikenal pasti bersesuaian bagi melaksanakan kerja winching ke pesawat.
“Kerja-kerja pembersihan tapak winching telah dilakukan oleh pasukan penyelamat berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Sayani berkata, sekiranya keadaan cuaca baik, pesawat akan datang ke lokasi mangsa pada pukul 2.30 petang untuk mengangkat mangsa menggunakan kaedah winching
“Mangsa akan dibawa oleh pesawat AW139 ke Kem PGA Bidor untuk diserahkan kepada Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) JBPM Perak,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya cuaca tidak mengizinkan untuk pesawat masuk ke puncak gunung, pasukan penyelamat dan mangsa serta malim akan bermalam di puncak Gunung Batu Putih pada malam ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang pendaki wanita dikenali sebagai Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang setelah mengalami kecederaan pada kaki sewaktu mendaki Gunung Batu Putih semalam.
Sayani berkata, pada pukul 11.32 pagi semalam, pusat gerakan operasi (PGO) Bomba Perak menerima panggilan berkaitan seorang mangsa wanita mengalami kecederaan kaki di Gunung Batu Putih.
“Kira-kira pukul 4 petang, PGO Bomba telah menerima maklumat dari MGP Hafis bahawa dia bersama seorang mangsa iaitu Mohd. Hanafi di Kem Batu Core dan memaklumkan dia tidak mengetahui lokasi seorang lagi peserta iaitu Jaslinda. Dia beranggapan Jaslinda telah meneruskan perjalanan ke Puncak Batu Putih,” katanya.- KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3











![[VIDEO] ZRA sekali lagi ‘hilang’ selepas sampai KLIA 1](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/e6b98aec-af36-422f-8768-c2b15909a3b6.jpeg)




![[VIDEO] GSF 2.0: 28 aktivis Malaysia selamat tiba di KLIA dari Istanbul](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/AKTIVIS-MALAYSIA-GSF-GSF-2.0.jpeg?v=1779636357)






























