Malaysia-Turkmenistan mahu isu Palestin ditangani secara damai

1 month ago 32
  • Oleh KAMARIAH KHALIDI
  • 19 Disember 2024, 2:44 pm
Anwar bercakap pada sidang akhbar bersama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia dan Turkmenistan menegaskan bahawa cabaran antarabangsa harus ditangani secara damai termasuk berkenaan isu Palestin.

Inisiatif damai tersebut harus selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan.

Menerusi kenyataan bersama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow menyeru supaya akses bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin tidak dihalang.

“Mereka menekankan kepentingan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk membawa keamanan dan kestabilan kepada rantau berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |