Tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tanjong Rantau, mengambil kesempatan bergambar dengan Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin - Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 28 Mac 2026, 2:17 pm
SEREMBAN – Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada Filipina dalam masa terdekat bagi menolak sebarang tuntutan terhadap Sabah.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Sabah telah lama menjadi sebahagian daripada Malaysia dan tiada asas untuk mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas negeri itu.
“Ini bukan perkara baharu kerana kita telah melakukannya berpuluh kali sebelum ini. Pada saya, ini hanyalah satu lagi cubaan untuk mengalih perhatian daripada masalah dalaman mereka. Sesetengah ahli politik akan membuat tuntutan sedemikian untuk mendapatkan sokongan rakyat mereka,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kampung Tanjong Rantau, di sini, hari ini.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Senator Filipina Robin Padilla yang menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr menghidupkan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah susulan krisis petroleum dan kenaikan harga akibat konflik di Timur Tengah.
Menurut Mohamad, rakyat Sabah telah memilih menyertai Malaysia melalui Suruhanjaya Cobbold, diikuti Perjanjian Malaysia 1963, serta diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – KOSMO! ONLINE

6 hours ago
7
![[VIDEO] Suami beli baju ‘ala hospital’ demi sedondon dengan isteri di hospital](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-28-at-4.51.14-PM.jpeg)

















![[VIDEO] Budak-budak serbu datang beraya dekat balai polis](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-27-at-14.37.13.jpeg)




























