Gambar hiasan.
- Oleh CHERINE JON
- 11 Oktober 2025, 12:05 pm
BAU – Seorang remaja lelaki ditangkap kerana disyaki merogol dan menyebar video bogel bekas kekasihnya, yang juga masih di bawah umur.
Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata suspek berusia 17 tahun itu dicekup di kawasan Krokong, di sini semalam.
Katanya, penahanan ke atas suspek dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa kelmarin yang memaklumkan anaknya pernah dirogol oleh bekas teman lelaki anaknya dan video bogel anaknya disebar melalui aplikasi media sosial tanpa kebenaran.
“Bertindak atas laporan tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau telah menahan suspek dan barang bukti telefon bimbit telah dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Haide berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

1 month ago
38
![[VIDEO] ‘Ganjaran RM1,000 kalau jumpa kucing ni’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-01-at-8.39.55-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kurus setahun duduk dalam tong…minum air ja’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-01-at-7.23.45-PM.jpeg)

![[VIDEO] Sedihnya tengok keadaan Pantai Batu Rakit, teruk terhakis](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-01-at-4.04.43-PM.jpeg)













































