Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan di Felda Tenggaroh, Pantai Tanjung Leman, Mersing semalam.
- Oleh MASTURAH SURADI
- 29 Mac 2026, 10:20 am
MERSING – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menangkap ikan di kawasan Felda Tenggaroh, Pantai Tanjung Leman semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ikmal Hafiz Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 8.36 malam.
Katanya seramai lapan anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah utility dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 69 kilometer.
“Maklumat awal daripada kawan mangsa, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun dikhuatiri lemas semasa menjalankan aktiviti nelayan.
“Operasi masih giat dijalankan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.- KOSMO! ONLINE

8 hours ago
5







![[VIDEO] Suami beli baju ‘ala hospital’ demi sedondon dengan isteri di hospital](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-28-at-4.51.14-PM.jpeg)








































