Lelaki terbabit mencari isteri keempat di platform Facebook semalam. - Facebook
- Oleh KOSMO
- 20 Mei 2026, 7:00 pm
JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia tular kerana meminta pengguna media sosial untuk membantunya mencari isteri baharu meskipun dia sudah mempunyai tiga isteri, lapor portal berita Lambe Turah.
Imej dimuat naik di platform Facebook menunjukkan lelaki terbabit bersama tiga isterinya yang memakai jubah serta niqab berwarna hitam.
“Masih kurang satu, ada sesiapa tahu bagaimana dapat tutup kuota empat isteri?” tulis lelaki itu di platform Facebook.
Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam mana wanita boleh minat dia (lelaki berkenaan)?” kata seorang netizen.
“Cuba tanya isteri ketiga nafkah setiap bulan cukup atau tidak?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

12 hours ago
7


![[VIDEO] Aktivis GSF 2.0, FFC diikat tangan di belakang, kepala atas lantai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-20-at-10.33.30-PM.jpeg)











































