PETALING JAYA – Tindakan seorang individu mendakwa kawasan sungai sebagai miliknya sehingga menghalau orang awam mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Isu tersebut timbul selepas seorang pengguna Threads, @momad_dell berkongsi pengalaman tidak menyenangkan ketika membawa anak-anak saudaranya ke lokasi sungai yang didakwa sering dikunjunginya sejak lebih 30 tahun lalu.
Menurutnya, kunjungan itu bertukar menjadi insiden mengejutkan apabila mereka dihalau oleh individu yang mendakwa kawasan berkenaan adalah miliknya, malah turut mengenakan bayaran kepada pengunjung sekiranya mahu mandi
“Kesian anak-anak buah. Bawa pergi tempat aku mandi masa kecil-kecil (lebih 30 tahun), sekali kena halau sebab ada orang cakap itu kawasan dia. Kena bayar pula tu.
“Aku tak pasti status tanah itu apa, tapi memang pasti bukan milik persendirian. Apa cerita warga Melawati sekalian?,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata mempertikaikan tindakan individu terbabit.
Seorang pengguna, @jaempejal menjelaskan bahawa sungai tidak boleh dimiliki secara persendirian mengikut undang-undang di Malaysia.
“Sungai tidak termasuk dalam hak milik pembelian tanah persendirian di Malaysia. Dasar sungai dan rizab sungai adalah tanah kerajaan yang diuruskan pihak berkuasa, walaupun ia mengalir melalui geran tanah anda.
“Pemilik tanah hanya memiliki sempadan sehingga ke gigi air dan bertanggungjawab memastikan ia tidak dicemarkan,” jelasnya.
Seorang lagi pengguna, @Kabir_malek turut mendakwa pernah mengalami situasi sama ketika memancing di kawasan tersebut.
“Baru pagi tadi sekitar pukul 10 pagi aku pergi memancing dekat situ. Memang dari sekolah aku memancing di situ.
“Kena benda yang sama, dihalau. Dia kata tanah ini dia punya, tapi bila dilawan dia pusing cerita pula kata dia jaga tempat itu dan ada permit. Nak masuk kena mohon permit dekat dia. Padahal kawasan itu bukan dalam segmen Bukit Tabur pun,” katanya.
Malah, individu itu turut mendakwa mengenali lelaki yang dimaksudkan berdasarkan ciri fizikal yang diberikan oleh pengguna lain. – KOSMO! ONLIND

14 hours ago
9
![[VIDEO] Bantu ambulans akhirnya tolak kereta tepi jalan, selesai sesak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/penunggangambulan.jpeg)







![[VIDEO] ‘Rider’ cium jalan angkara turapan berbonggol](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-26-at-10.29.15.jpeg)




![[VIDEO] ‘Bila ada hari rasa malas, ingatlah betapa rajinnya Tun M’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/TUN-M.jpeg)



































